Senarai Keperluan Bayi dan Ibu untuk ke Hospital

Hai pengikut setia MB...(konon-konon ramai la..huhu)

Bag baby dan Mama dah siap untuk diangkut ke hospital. Yeay! Untuk apa? Untuk hari deliver lah...huhu. Lega dah hati Mama bila semua persediaan boleh dikatakan siap. Ada lagi sikit-sikit yang belum beli contohnya Set Bersalin NR, kain batik, termos, tuala wanita dan baju menyusu. Semua tu tunggu budget bulan November. Yelah...hari tu Mama dan Papa dah shopping sakan kat QQ Kids City, Kota Damansara. Macam-macam jugak yang kami borong termasuk yang paling Mama berkenan...Nursing Poncho. Nanti Mama buat entry khas untuk acara shopping kat Kota Damansara tu ye..nanti terkeluar tajuk pulak, sebab entry kali ni Mama nak tulis pasal barang-barang keperluan bayi dan ibu untuk ke hospital. 

Tu yang paling penting...sebab bila kandungan dah masuk 32 minggu, boleh dikatakan para ibu tengah "tunggu masa" je. Sebab sekarang ni, sering berlaku kelahiran pra-matang dan kes-kes lain. (mintak dijauhkan lah kes-kes yang macam tu..amin). Tapi, tak salahkan kalau para bakal ibu bersiap sedia dari awal supaya keadaaan panik bila dah sakit nak bersalin tu tak ditambah lagi kepanikannya dengan beg bayi dan ibu yang belum siap sedia ;) . Better U all siapkan lah dari awal ye. Macam Mama..dah masuk 34 minggu..memang dah patut siap dah...

Berikut adalah senarai keperluan Ibu (untuk dibawa ke hospital):

1. 1 helai tuala mandi
2. 1 helai tuala muka
3. 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali atau tuala wanita biasa
4. 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
5. 1 helai pakaian biasa
6. 2 pasang stokin
7. 1 pasang selipar
8. 3 helai coli khas untuk menyusu
9. 2 pasang pelapik coli
10. 5 helai seluar dalam pakai buang
11. sikat
12. berus gigi dan ubat gigi
13. barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
14. Pakaian untuk pulang ke rumah
15. Bahan bacaan
16. Susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2
17. Termos air panas

18. Makanan/minuman(air masak/kurma/biskut/roti/milo)
19. Kad pengenalan
20. Handphone & camera
21. Penutup kepala (tudung/skaf/ki)
22. Minyak angin
23. Sweater 
24. Air selusuh & surah yasin
25. Bag plastik & surat khabar lama
26. Nursing Poncho
27. Jangan lupa buka kad merah (penting)

Senarai keperluan bayi (untuk dibawa ke hospital):

1. 1 helai tuala mandi
2. 2 helai selimut/bedung
3. Pampers saiz NB

4. Minyak telon
5. Keperluan mandian
6. 4 helai baju / baju sejuk
7. 4 pasang seluar panjang
8. 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
9. Baby wipes
10. Nappy cream
11. 4 helai barut
12. Topi
13. Sapu tangan bayi
14. Bantal bayi

Untuk Papa pun ada juga senarainya...tapi takdelah sepanjang senarai keperluan untuk Mama...hihihi.

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa:

1. Surat rujukan doktor
2. Kad pengenalan suami
3. Surah Yasin/tafsir al-quran (dibaca semasa menunggu ibu melahirkan)
4. GL (kalau ada)
Tadaaaa...nilah beg baby lebih kepada diapers bag yang Mama beli online di https://www.facebook.com/Gedungibudanbayicomel . Beg yang ranggi dan sesuai untuk dibawa oleh Mama...takde rupa diapers bag sangat. Sebab tulah Mama berkenan. Boleh pakai lama sampai baby besar sikit...dan Mama tak segan sangat nak jadikan sebagai hand bag...hihihi. Harga cuma RM55 termasuk pos. Kalau U all berkenan, bolehlah order ye. Panghantaran cepat dan memuaskan. Bag ni ada banyak compartment dan pocket di luar dan di dalam. Banyak tempat letak botol susu dan segala jenis cream baby.


Selamat membuat persiapan buat bakal-bakal ibu diluar sana =)

10 Cara Mengajar Anak dari Peringkat Bayi


Sebagai persediaan mental dan fizikal sebelum kelahiran cahaya mata Mama dan Papa...cewahhh..
Mama just nak sharekan 1 artikel menarik tentang pendidikan keibu-bapaan. Zaman sekarang ni bukan mudah nak mendidik anak. Tapi yang pastinya ada cara dan teknik yang betul. Cuma atas inisiatif kita je sebagai ibu bapa nak belajar atau tak =) . Mama tengah berdebar-debar sebenarnya nak jadi ibu ni...bukan sebab takut sakit masa deliver. Sebab banyak tanggungjawab yang tengah menunggu Mama. Sekarang ni pun..Mama dah rasa macam Mama masih terkontang-kanting dan kelam kabut dan masih cuba nak sesuaikan diri dengan status isteri, inikan pulak nak jadi ibu. Entah macam mana lah keadaan Mama nanti..huhuhu. 

Tapi Mama tetap akan belajar...belajar dan belajar dari orang yang berpengalaman...dan belajar mengurus masa dan tugas-tugas dengan baik. Wahai Papa...bersabar ye dalam melayan kerenah dan perangai Mama yang suka last minute...
For Me...and for U all...
10 Cara Mengajar Anak Dari Peringkat Bayi

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.


Sumber: Majalah pa&ma

Set Bersalin yang Mana Pilihan Ku?

Salam pembaca MB...

Baby dalam perut Mama sekarang dah genap 33 minggu. Ramai orang nasihatkan Mama dan Papa supaya berjaga-jaga dalam tempoh ni. Sebab 33 minggu ni kira bila-bila masa je baby boleh rasa nak keluar tengok dunia.

Persiapan dah hampir perfect. Cuma sekarang ni Mama tengah bingung nak beli Set Bersalin. 1st pregnancy ni memang banyak benda yang membingungkan lah...bingung, confuse, pening lalat dibuatnya.

Google punya google...ada 2 jenama Set Bersalin yang menjadi perhatian Mama.
1. Set Bersalin NR
2. Set Bersalin Amway

Kedua-duanya boleh dikatakan adalah produk best-seller untuk kategori Set Bersalin. Harga pun lebih kurang je...ini antara komen yang Mama dapat daripada Google.

1st delivery pakai amway. pendapat aku - amway ni very mild sbb dia cater for malays and non malays. ubt dia ada 2 jenis je and aku rasa mcm tak bg kesan pun utk turunkan berat. amway set ni lebih pada luaran, tempek2 semua tu. aku tak allergic bila tempek semua tu cumanya cukup rimas bila pes dia dah kering, jadi serbuk maka penuh laaa atas lantai serbuk kuning. tp minyak baby dia sgt sedap bau. bengkung dia pun ok aku suka. panjang and lembut kainnya.

NR - i heart this set! aku pakai baru ni. berat masa pregnant dah setel dah, skang ni berat aku lg kurang dari before pregnant. phytonatal dia mmg power. perut aku boleh tolerate, perut ko aku tak sure. mula2 mkn mmg huru hara skit nak gi toilet tp yg jaminnya, ko takkan kena sembelit time pantang. nak senang, mkn mlm before tido, esok pagi bgn sure membuang dulu. ni cara aku regulate bowel movement aku time pantang dulu so that bila siang pakai bengkung tu, takyah la kejap2 bukak nak gi toilet kan. minyak mustajab dia bes. lg satu phyto ni buat badan jadi cepat segar and bertenaga. tak cpt penat. takde la ko tersadai je atas katil sepanjang pantang kan. stat mkn sebijik dulu. agak2 ok and baby tak cirit, up 2 pil. lepas tu 3 pil. then maintain.

serbuk/krim barut tu aku takleh pakai sbb naik ruam kat perut. serbuk lulur dia terbaik, abih aku sental semua daki2 mmg lembut mulus je rasa lepas mandi. teh dia pun sedap. even aku dah abih pantang ni, aku continue mkn phyto n air teh tu. badan rasa cergas dan tak cepat penat.

tp personally, aku tak pakai semua produk dlm set tu. kalo lepas ni ada rezeki pregnant lg, aku akan beli NR, tp beli loose set. phyto, air teh, minyak herbanika (kaler purple, yg utk bersalin punya tak bes mcm herbanika ni), lulur, uncang herba utk rendam tu. yg lain tak nak. nak murah, ko beli online kat nr4u, daftar jadi online member. masa aku beli dulu, kebetulan ada raya sale, dpt 30% diskaun on top of members' discount rate. set bersalin tu aku beli rm280 je harganya.

Sumber: http://thalhazlin.blogspot.com/2012/02/set-bersalin-yang-mana-satu-ni.html

Adik Mama sendiri masa bersalin anak 1st...ambik jenama NR. Komen adik Mama...kalau nak kurus...better ambik NR. Sebab dulu officemate dia ramai yang ambil NR dan badan memang mantap. Dia sendiri memang kurus dari sebelum kawin, sampai lepas bersalin. So, perubahan tentang faktor 'kurus' tu tak ketara sangat kat dia...hahaha...Tapi menurut adik Mama, kelemahan NR ni..kalau baby kene jaundis, produk ni tak berapa disarankan untuk diambil hinggalah Jaundis baby kita sembuh.

Amway pulak...lebih kepada kegunaan luaran kot. Kesimpulannya...Mama macam lebih berminat nak ambik NR. Sebab Mama berazam nak kurus! Dengan keazaman yang paling kuat...hihihi...

Ada jugak orang suggest kat Mama Set Bersalin Shaklee. Mama dah hampir terbeli dah U all tau...mujurlah Mama call adik Mama. Rupa-rupanya dia pun pernah beli kesemua pil-pil untuk Set Bersalin dan Set Menyusu Shaklee tu. Memang testimoni nya bagus-bagus belaka. Cumanya semua produknya dalam bentuk pil dan adik Mama kata rasanya meloyakan dan pilnya besar-besar belaka. Adik Mama cuma boleh telan yang Alfalfa je sebab ianya 'tasteless' dan saiznya kecil. Mama belum pernah makan. Tapi Mama pun tak berapa minat kalau dalam bentuk pil dan saiz besar. Kalau rasa pahit atau meloyakan...lagilah Mama tak mau...huhu. Mama cuma dah order ESP Shaklee yang berasaskan Protein Soya. Ia dalam bentuk susu kot. Produk tu tengah on the way (dalam proses pengeposan) sebab Mama baru je order tadi. Nak cuba dulu sebab menurut pembacaan Mamma, ia bagus untuk ibu sebelum bersalin dan selepas bersalin untuk memperbanyakkan susu ibu.

Mama cuba dulu k...kalau bagus nanti Mama update kat U all...

Ok...Mama stop kat sini je. Sebab Papa dah tunggu Mama. Kami nak keluar...nak ambik barang-barang baby kat rumah adik Mama. Lucky for us...dapat jimat duit sebab adik Mama nak pinjamkan barang-barang baby kat Mama and Papa. Sampai jumpa lagi :)

Shopping barang keperluan baby Siri 3

Salam pembaca MB yang setia :)

Mama happy sangat hari ni. Mama baru je balik dari Aeon Jusco Bukit Raja, Klang. Mula-mula plan cuma nak layan selera Papa yang teringin pekena Sizzling Yee Mee kat Food Court Jusco tu. Macam Papa pulak yang mengidam ni? Confuse Mama...hihihi..layan jelah. Kesian Papa...asyik layan Mama mengidam je. Sekali sekala layan mengidam Papa pulak..

Masa kami turun eskalator dari parking...kebetulan lalu kat dalam Jusco. Maka ternampaklah kelibat papan tanda yang bertulis "Baby Fair". Mama buat selamba je...sebab Mama tengah lapar sangat. So, tak berapa ada selera sangat nak shopping. Tapi Papa yang masuk dulu kat area Baby Fair tu. Mama cakap "kita makanlah dulu"..."Nanti habis..." jawab Papa dengan selamba. Ewah-ewah...beriya-iya nya Papa ni. Hmmm...bukan senang nak dapat peluang camni. Mama pun tak pandang dah kiri kanan...terus capai je apa yang boleh. Mama cuba ingat semula senarai barang keperluan baby yang masih belum cukup. 



Ini adalah shopping untuk siri yang ke-3 lah kiranya. Ada lagi beberapa barang yang masih belum cukup. So, Mama beli yang mana penting dan harga yang patut. Sebab before ni Mama and Papa dah shopping barang-barang baby kat Mydin Subang Jaya. Harga kat sana bukannya berpatutan...tapi kebanyakannya murah-murah belaka. Ada barang yang berkualiti dan murah. Ada jugak yang murah tapi kurang berkualiti. So, kena pandai-pandai pilihlah. Banyak yang boleh dapat kat Mydin tu. Tak payah susah-payah pergi tempat lain sebenarnya. Boleh dikatakan 70 peratus barang-barang baby Mama dah cukup. Cuma barang-barang keperluan Mama je macam banyak lagi belum beli. Papa dah risau...takut Mama terberanak awal agaknya...huhuhu. Doakanlah Mama bersalin pada waktu yang sepatutnya ye...kalau boleh tak naklah awal sangat.

Kat Aeon Baby Fair ni takdelah banyak sangat barang. Harga barang pun ada yang mahal dan ada yang berpatutan. Nak kata murah sangat....bolehlah kot. Tapi baju-baju baby kat sini berkualiti dan berharga patut. Mama tak buang masa banyak sangat macam kat Mydin hari tu dalam memilih baju. Sebab kali ni Mama dah tahu baby boy or girl. Takdelah Mama pening nak beli warna dan corak apa. Sangat frustrated tau kalau U alls shopping dalam keadaan tak tahu jantina anak dalam perut. Otak pun penat. Mama ni dahlah peminat setia warna pink dan merah. Dan peminat renda, ribbon and polka-dots. kalau boleh semua baju baby nak beli yang pink dan berenda. Dahlah tu...zaman sekarang ni boleh dikatakan baju-baju baby girl semuanya comel-comel..berenda-renda. Gerammm Mama dibuatnya. Rasa macam nak beli semua yang pinky dan berenda masa kat Mydin tu...tapi risau pulak kalau dapat baby boy. Nak beli biru dan stripes...nanti kalau dapat baby girl macamana pulak...kesian baby Mama nanti pakai baju yang tak sesuai dan tak padan.

Papa sempat cilok gambar Mama dari belakang. Mama tengah asyik sangat pilih baju baby. Papa pergi mana pun Mama tak perasan huhuhu...


Kali ni Mama rembat je yang comel dan sesuai untuk baby Mama. Cepat je...rasa-rasanya tak sampai pun setengah jam Mama and Papa shopping. Mama sangat terkejut sebab Papa excited sangat tunjukkan breast pump kat Mama. Macam beriya-iya suruh Mama beli. Mama ni memang pantang kalau Papa yang suruh...isteri kena taat suami kan...so, Mama belilah sebijik. Tapi Mama tak pilih yang murah. Mama pilih Electric Breast Pump! Takmo yang manual breast pump...nanti tangan lenguh...langsung tak perah susu nanti. Tulah alasan Mama kat Papa. Papa pun mengiyakan je. Apalagi...rembat jelah! Hehehe...

Mama pilih jenama Pureen. Takdelah mahal sangat. Cuma RM159.90 je. Mama tak pernah survey harga breast pump jenama ni. Mama main belasah je apa yang ada depan mata. Sebab masa pun dah suntuk untuk survey-survey ni. Jenama Pureen ni bukan macam Madela or Avent. Mama rasa U alls pun dah suvey harga Breast Pump jenama Madela or Avent kan...harga boleh tahan mahal...tapi kualitinya memang tak boleh disangkallah. Cuma pada pendapat Mama...Mama ni boleh dikatakan sebagai suri rumah sepenuh masa atau usahawan dari rumah je. Bukannya kerja dari pagi sampai petang. So, tengok keperluan menyimpan stok susu jugaklah. Maybe dalam sehari Mama cuma tinggalkan baby dalam 3-4 jam je untuk ke kelas. Sebab Mama sekarang ni sedang further study di peringkat Master kat UITM Shah Alam. Selain tu, Mama rasa masa Mama akan banyak dengan baby je. So, direct feed adalah lebih baik. So bagi Mama...breast pump ni cuma sebagai keperluan sampingan je. 



Overall Mama rasa harga Pureen ni berpatutan dengan apa yang Mama dapat dalam satu kotak ni. Dapat sekali sebiji botol susu bersaiz 4oz berserta puting susu dan penutup dan alat untuk mencuci berbentuk tiub. Cara nak guna dan membersihkan semua ada kat atas kotak. Di atas kotak tertulis "Battery Operated Breast Pump With Adaptor". So maknanya, kita perlu gunakan 2x battery AA yang rechargeable jika dan guna breast pump ni tanpa direct connection to electric source. Atau kalau malas nak beli battery...boleh terus hubungkan adaptor macam gambar di atas terus kepada electric source. Maksudnya...ia boleh double function dan mudah dibawa ke mana-mana =) . Sampai rumah je Mama terus testing power benda ni. Maklumlah...first time, jadi macam batak sikit. huhuhu...dan rasa-rasa macam puas hati jugaklah dengan Pureen ni. Walaupun susu belum keluar...apa yang Mama suka...kita boleh adjust kuasa sedutannya. Nak yang kuat atau perlahan. Bunyi mesin penyedutnya macam bising jugaklah...tapi taklah sampai boleh pekakkan telinga dan tak mengganggu ketenteraman awam. Mama pernah dengar bunyi breast pump yang lain...lebih kurang je bunyinya. So, bagi Mama...it is normal.

Bagi U alls yang bekerja 8 jam, 5 hari seminggu tu...mungkin keperluan U alls berbeza daripada Mama. Jadi, U alls pilihlah ikut kualiti yang U alls perlukan dan belilah breast pump ikut budget U alls ye.Kalau nak beli yang mahal tu...menabunglah dari awal pregnancy atau main kutu dengan kawan-kawan. hehehe. Mama pernah jumpa satu blogger yang menjual electrik breast pump dan menawarkan pakej "main kutu" untuk customer. Cuba tengok kat blog ni. Beliau ni kakak kepada kawan sekolah Mama dulu...Sweet Bonda.



Belek-belek semula baju-baju yang Mama beli untuk baby tadi...rupa-rupanya lebih kurang sama je coraknya. Cuma warna je berbeza. huhuhu. Itulah namanya shopping ekspres. Tapi takpe...asalkan baby Mama nampak comel masa pakai baju ni...Mama dah puas hati. Memang comel sangat!

Nilah antara barang-barang yang Mama sempat beli tadi. Thanks a lot Papa...sebab hari ni banyak belanja Mama beli macam-macam termasuk alat solek dan baju baru =) .


Lepas ni...Mama rasa kena shopping barang-barang Mama pulak kot...nanti takut tak sempat pulak...bila ye nak shopping lagi? Bila ye Papa....???


Ultrasound / Scan Baby 3D dan 4D

Hai pembaca MB...

Pernah dengar tak Ultrasound or Scan 3D dan 4D? Mama pernah tengok member-member FB post gambar dan video 3D/4D baby they all. Tapi Mama tak sure apa maknanya hinggalah Mama experienced sendiri detik-detik bermakna tu 2 minggu sudah.

Sebenarnya sejak awal pregnancy lagi dah risau nak tengok keadaan si kecik kat dalam tummy ni. Tapi memandangkan dulu still early lagi...terpaksalah Mama bawak-bawak bersabar. Disebabkan hajat di hati sangatlah besar...konon-kononnya nak scan 3D atau 4D...kenalah tunggu baby besar sikit supaya nampak segala-galanya termasuk jantinanya. So, tak sia-sialah duit yang didermakan kat klinik or hospital yang berkenaan..hihihi.

Now ni baby Mama dah berusia 31 weeks old. And Mama dah pun scan si kecik kat dalam ni and dah tau jantina pun. Syukur Alhamdulillah baby Mama sihat dan cukup segala sifat dan anggotanya. By the way itulah yang paling penting yang Mama nak tahu. Lelaki atau perempuan Mama redha je dengan pemberian Allah. Asalkan sihat...itulah yang setiap ibu bapa doakan untuk bakal anak mereka kan...

Kisahnya macamana tiba-tiba boleh jadi tak sabar-sabar nak scan 3D and 4D ni berlaku selepas je berakhirnya bulan Syawal. Mama dah dijadualkan untuk regular check up kat Klinik Desa berdekatan rumah Mama ni 2 minggu lepas Raya. Macam biasalah...ambil darah, test air kencing, timbang berat dan lain-lain. Masa ni jumpa nurse je...tak jumpa doktor pun. Kantoi pulak berat badan naik 3.4kg. Lebih 1.4kg daripada yang sepatutnya. Bagi ibu mengandung yang masih diperingkat 1st trimester, berat badan mesti naik maksimum 500g je. Berat badan Mama masa 2 minggu sebelum Raya cuma 65.2kg je...4 minggu kemudian dah jadi 68.6kg. Nurse tak bising...cuma Mama kena denda buat Diabetes Test iaitu minum air gula dan jumpa doktor. Mama yakin...majoriti ibu-ibu mengandung yang kena buat test ni memang serik sangat! huhuhu...

Maka hari Khamis minggu berikutnya Mama ke Klinik Kesihatan pulak untuk jumpa doktor dan datang lagi Jumaat pagi-pagi lepas Subuh untuk minum air gula. Bab cerita minum air gula ni nanti Mama review kemudian eh...sebabkan entry ni nak cerita bab Scan 3D and 4D. Nanti lari tajuk pulak...

Ok...maka setelah tunggu sekian lama iaitu kira-kira hampir 3 jam, nombor Mama pun dipanggil untuk masuk ke bilik pemeriksaan. Seorang doktor wanita berbangsa Cina yang check Mama hari tu. Muda lagi...tak tahu samada pernah pregnant atau tak...huhu. Mama disuruh baring untuk scan perut. Ini kali kedua Mama scan sepanjang pregnancy dan kali kedua ni jugak scan di bilik dan katil yang sama. Entah-entah mesin pun yang sama =) .

Tau tau jelah teknologi kat klinik kerajaan ni...tak berapa maju sangat kot. Mama just nampak imej hitam putih yang entah tak tahu nak explain macamana. Kaki, tangan, atau kepala....sukar nak dibaca. Apatah lagi jantina. Langsung takde rupa. Hitam je...doktor tu je yang syok sendiri...sendiri-sendiri je faham. Doktor tu dok gerak-gerakkan alat kat tangannya...nak carik penentu jantina baby. Dek kerana tak nampak apa-apa setelah beberapa kali mencari...doktor tu pandai-pandai dia je buat keputusan baby Mama tu perempuan. Ayatnya macam ni: "Tak nampak apa-apa...perempuan lah kot." Adoi...bagi ayat yang tak meyakinkan dan menyakitkan pulak...frust betullah Mama dengan keputusan scan kali ni. Berbulan-bulan Mama tunggu untuk scan..last-last dapat result scan yang macam ni je? Macam ni je? Je? Tengoklah gambar kat bawah ni...doktor pun print gambar yang dia sendiri je faham. Padahal ada je scene yang Mama boleh nampak kepala dan jantung baby berdegup. Itukan gambar yang lebih bermakna untuk di scan sebagai kenang-kenangan Mama and Papa =( .


Memandangkan hari dah tengah hari dan perut pun dah tersangat lapar and Mama dah keletihan...Mama and Papa buat keputusan balik je ke rumah lepas check up tu. Kalau ikutkan hati...memang nak terus ke klinik swasta untuk scan 3D or 4D je. Dalam hati berguni-guni rasa tak puas hati.

Keesokannya lepas buat test minum air gula dan lepas solat Jumaat...Papa ajak Mama pegi Shah Alam Specialist Hospital atau lebih dikenali sebagai SALAM. Tujuannya untuk Scan 3D and 4D dan sambil-sambil survey tempat untuk bersalin nanti. Memang SALAM ni termasuk dalam list hospital yang menjadi pilihan untuk Mama bersalin. Selain tu ada hospital lain termasuk dalam list...nanti Mama ceritakan kemudian.

Walaupun tak buat sebarang appoinment dengan mana-mana doktor, kami tetap dilayan baik oleh staf SALAM dan kami diaturkan untuk berjumpa doktor pakar perbidanan yang bernama Doktor Siti Mariam.

Layanan doktor memang superb lah. Beriya-iya doktor tu scan...scan semua sekali. Rupa-rupanya scan 3D tu adalah gambar 3 dimensi manakala 4D tu pulak rakaman video. Barulah Mama faham maksudnya hihihi. Yang selama ni Mama dok scan kat klinik kerajaan tu rupa-rupanya cuma 2D je...sebab tu hitam putih dan nampak tulang dan organ-organ penting je. Yang 3D ni pulak...boleh nampak seolah-olah macam baby tu dah lahir. Nampak pipi tembam, jari comel, bibir dan hidung ikut Mama or Papa...semuanya nampak. At last...doktor tanya dah tau jantina ke? Bila Mama jawab "belum"...doktor terus carik. hihihi...maka terbukalah rahsia baby Mama. Oppss..sorry. Mama still nak rahsiakan jantina baby. Korang kena tunggu baby lahir dululah ye. Doakan baby Mama sihat dan takde apa-apa masalah masa proses bersalin nanti ye. InsyaAllah...amin. Amin.


Inilah gambar baby tersayang Mama. Nampak kan jari, tangan dan pipi yang tembam tu. Ada banyak lagi gambar yang soft copy dan berwarna. Gambar 'tut' yang bagitau dia boy or girl pun ada...hihihi. Nak menitis air mata tengok semua ni. Seharian Mama terkedu lepas jumpa baby hari tu.

Sebelum balik, doktor print kan gambar 3D yang berwarna dan hitam putih. Then tanpa diminta, doktor tu copy kan video dan gambar-gambar baby ke dalam DVD. Gambar tu pulak dari pelbagai sudut. Yesss! Seperti yang diharap-harapkan...Tak sia-sia bayar mahal. Memang berbaloi-baloi. Nak kata mahal...tak sangat lah. Kat hospital lain dengarnya ada yang sampai RM300+. Tapi charge untuk scan 3D/4D kat SALAM just RM160 tak termasuk bayaran doktor. So, bil kami lebih kurang RM250+ ...but sangat puas hati tau.

Lepas jumpa doktor, kami pun ke tingkat 2 untuk tengok Wad Bersalin dan labour room. Nurse pun baik...bagi kami kebenaran tengok labour room walaupun sepatutnya tak dibenarkan masuk. Overall...tampatnya aman je. Tak busy. Wad ada yang untuk 2 orang dan ada yang untuk seorang. Dan dalam banyak-banyak wad, cuma ada 3-4 wad je yang ada penghuni. Maknanya hospital ni tak sesak.

Pakej bersalin normal RM1999. Still under budget Papa. Tapi kami buat keputusan untuk booking kemudian sebab kami nak survey beberapa hospital lagi. Bayaran untuk booking cuma RM1000 je dan Papa pun sangat ingin Mama bersalin kat hospital tu sebab keadaannya sangat selesa. I love U Papa! Mama pun kalau boleh nak bersalin kat sini...cuma sama-samalah kita doa supaya Mama bersalin normal and there is no other complication. Itu je harapan Mama...amin...U all pun doakan Mama jugak ye...thanks U all.... =)




up