Senarai Keperluan Bayi dan Ibu untuk ke Hospital

Hai pengikut setia MB...(konon-konon ramai la..huhu)

Bag baby dan Mama dah siap untuk diangkut ke hospital. Yeay! Untuk apa? Untuk hari deliver lah...huhu. Lega dah hati Mama bila semua persediaan boleh dikatakan siap. Ada lagi sikit-sikit yang belum beli contohnya Set Bersalin NR, kain batik, termos, tuala wanita dan baju menyusu. Semua tu tunggu budget bulan November. Yelah...hari tu Mama dan Papa dah shopping sakan kat QQ Kids City, Kota Damansara. Macam-macam jugak yang kami borong termasuk yang paling Mama berkenan...Nursing Poncho. Nanti Mama buat entry khas untuk acara shopping kat Kota Damansara tu ye..nanti terkeluar tajuk pulak, sebab entry kali ni Mama nak tulis pasal barang-barang keperluan bayi dan ibu untuk ke hospital. 

Tu yang paling penting...sebab bila kandungan dah masuk 32 minggu, boleh dikatakan para ibu tengah "tunggu masa" je. Sebab sekarang ni, sering berlaku kelahiran pra-matang dan kes-kes lain. (mintak dijauhkan lah kes-kes yang macam tu..amin). Tapi, tak salahkan kalau para bakal ibu bersiap sedia dari awal supaya keadaaan panik bila dah sakit nak bersalin tu tak ditambah lagi kepanikannya dengan beg bayi dan ibu yang belum siap sedia ;) . Better U all siapkan lah dari awal ye. Macam Mama..dah masuk 34 minggu..memang dah patut siap dah...

Berikut adalah senarai keperluan Ibu (untuk dibawa ke hospital):

1. 1 helai tuala mandi
2. 1 helai tuala muka
3. 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali atau tuala wanita biasa
4. 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
5. 1 helai pakaian biasa
6. 2 pasang stokin
7. 1 pasang selipar
8. 3 helai coli khas untuk menyusu
9. 2 pasang pelapik coli
10. 5 helai seluar dalam pakai buang
11. sikat
12. berus gigi dan ubat gigi
13. barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
14. Pakaian untuk pulang ke rumah
15. Bahan bacaan
16. Susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2
17. Termos air panas

18. Makanan/minuman(air masak/kurma/biskut/roti/milo)
19. Kad pengenalan
20. Handphone & camera
21. Penutup kepala (tudung/skaf/ki)
22. Minyak angin
23. Sweater 
24. Air selusuh & surah yasin
25. Bag plastik & surat khabar lama
26. Nursing Poncho
27. Jangan lupa buka kad merah (penting)

Senarai keperluan bayi (untuk dibawa ke hospital):

1. 1 helai tuala mandi
2. 2 helai selimut/bedung
3. Pampers saiz NB

4. Minyak telon
5. Keperluan mandian
6. 4 helai baju / baju sejuk
7. 4 pasang seluar panjang
8. 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
9. Baby wipes
10. Nappy cream
11. 4 helai barut
12. Topi
13. Sapu tangan bayi
14. Bantal bayi

Untuk Papa pun ada juga senarainya...tapi takdelah sepanjang senarai keperluan untuk Mama...hihihi.

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa:

1. Surat rujukan doktor
2. Kad pengenalan suami
3. Surah Yasin/tafsir al-quran (dibaca semasa menunggu ibu melahirkan)
4. GL (kalau ada)
Tadaaaa...nilah beg baby lebih kepada diapers bag yang Mama beli online di https://www.facebook.com/Gedungibudanbayicomel . Beg yang ranggi dan sesuai untuk dibawa oleh Mama...takde rupa diapers bag sangat. Sebab tulah Mama berkenan. Boleh pakai lama sampai baby besar sikit...dan Mama tak segan sangat nak jadikan sebagai hand bag...hihihi. Harga cuma RM55 termasuk pos. Kalau U all berkenan, bolehlah order ye. Panghantaran cepat dan memuaskan. Bag ni ada banyak compartment dan pocket di luar dan di dalam. Banyak tempat letak botol susu dan segala jenis cream baby.


Selamat membuat persiapan buat bakal-bakal ibu diluar sana =)

0 comments:

Post a Comment


up