Shopping barang keperluan baby Siri 3

Salam pembaca MB yang setia :)

Mama happy sangat hari ni. Mama baru je balik dari Aeon Jusco Bukit Raja, Klang. Mula-mula plan cuma nak layan selera Papa yang teringin pekena Sizzling Yee Mee kat Food Court Jusco tu. Macam Papa pulak yang mengidam ni? Confuse Mama...hihihi..layan jelah. Kesian Papa...asyik layan Mama mengidam je. Sekali sekala layan mengidam Papa pulak..

Masa kami turun eskalator dari parking...kebetulan lalu kat dalam Jusco. Maka ternampaklah kelibat papan tanda yang bertulis "Baby Fair". Mama buat selamba je...sebab Mama tengah lapar sangat. So, tak berapa ada selera sangat nak shopping. Tapi Papa yang masuk dulu kat area Baby Fair tu. Mama cakap "kita makanlah dulu"..."Nanti habis..." jawab Papa dengan selamba. Ewah-ewah...beriya-iya nya Papa ni. Hmmm...bukan senang nak dapat peluang camni. Mama pun tak pandang dah kiri kanan...terus capai je apa yang boleh. Mama cuba ingat semula senarai barang keperluan baby yang masih belum cukup. 



Ini adalah shopping untuk siri yang ke-3 lah kiranya. Ada lagi beberapa barang yang masih belum cukup. So, Mama beli yang mana penting dan harga yang patut. Sebab before ni Mama and Papa dah shopping barang-barang baby kat Mydin Subang Jaya. Harga kat sana bukannya berpatutan...tapi kebanyakannya murah-murah belaka. Ada barang yang berkualiti dan murah. Ada jugak yang murah tapi kurang berkualiti. So, kena pandai-pandai pilihlah. Banyak yang boleh dapat kat Mydin tu. Tak payah susah-payah pergi tempat lain sebenarnya. Boleh dikatakan 70 peratus barang-barang baby Mama dah cukup. Cuma barang-barang keperluan Mama je macam banyak lagi belum beli. Papa dah risau...takut Mama terberanak awal agaknya...huhuhu. Doakanlah Mama bersalin pada waktu yang sepatutnya ye...kalau boleh tak naklah awal sangat.

Kat Aeon Baby Fair ni takdelah banyak sangat barang. Harga barang pun ada yang mahal dan ada yang berpatutan. Nak kata murah sangat....bolehlah kot. Tapi baju-baju baby kat sini berkualiti dan berharga patut. Mama tak buang masa banyak sangat macam kat Mydin hari tu dalam memilih baju. Sebab kali ni Mama dah tahu baby boy or girl. Takdelah Mama pening nak beli warna dan corak apa. Sangat frustrated tau kalau U alls shopping dalam keadaan tak tahu jantina anak dalam perut. Otak pun penat. Mama ni dahlah peminat setia warna pink dan merah. Dan peminat renda, ribbon and polka-dots. kalau boleh semua baju baby nak beli yang pink dan berenda. Dahlah tu...zaman sekarang ni boleh dikatakan baju-baju baby girl semuanya comel-comel..berenda-renda. Gerammm Mama dibuatnya. Rasa macam nak beli semua yang pinky dan berenda masa kat Mydin tu...tapi risau pulak kalau dapat baby boy. Nak beli biru dan stripes...nanti kalau dapat baby girl macamana pulak...kesian baby Mama nanti pakai baju yang tak sesuai dan tak padan.

Papa sempat cilok gambar Mama dari belakang. Mama tengah asyik sangat pilih baju baby. Papa pergi mana pun Mama tak perasan huhuhu...


Kali ni Mama rembat je yang comel dan sesuai untuk baby Mama. Cepat je...rasa-rasanya tak sampai pun setengah jam Mama and Papa shopping. Mama sangat terkejut sebab Papa excited sangat tunjukkan breast pump kat Mama. Macam beriya-iya suruh Mama beli. Mama ni memang pantang kalau Papa yang suruh...isteri kena taat suami kan...so, Mama belilah sebijik. Tapi Mama tak pilih yang murah. Mama pilih Electric Breast Pump! Takmo yang manual breast pump...nanti tangan lenguh...langsung tak perah susu nanti. Tulah alasan Mama kat Papa. Papa pun mengiyakan je. Apalagi...rembat jelah! Hehehe...

Mama pilih jenama Pureen. Takdelah mahal sangat. Cuma RM159.90 je. Mama tak pernah survey harga breast pump jenama ni. Mama main belasah je apa yang ada depan mata. Sebab masa pun dah suntuk untuk survey-survey ni. Jenama Pureen ni bukan macam Madela or Avent. Mama rasa U alls pun dah suvey harga Breast Pump jenama Madela or Avent kan...harga boleh tahan mahal...tapi kualitinya memang tak boleh disangkallah. Cuma pada pendapat Mama...Mama ni boleh dikatakan sebagai suri rumah sepenuh masa atau usahawan dari rumah je. Bukannya kerja dari pagi sampai petang. So, tengok keperluan menyimpan stok susu jugaklah. Maybe dalam sehari Mama cuma tinggalkan baby dalam 3-4 jam je untuk ke kelas. Sebab Mama sekarang ni sedang further study di peringkat Master kat UITM Shah Alam. Selain tu, Mama rasa masa Mama akan banyak dengan baby je. So, direct feed adalah lebih baik. So bagi Mama...breast pump ni cuma sebagai keperluan sampingan je. 



Overall Mama rasa harga Pureen ni berpatutan dengan apa yang Mama dapat dalam satu kotak ni. Dapat sekali sebiji botol susu bersaiz 4oz berserta puting susu dan penutup dan alat untuk mencuci berbentuk tiub. Cara nak guna dan membersihkan semua ada kat atas kotak. Di atas kotak tertulis "Battery Operated Breast Pump With Adaptor". So maknanya, kita perlu gunakan 2x battery AA yang rechargeable jika dan guna breast pump ni tanpa direct connection to electric source. Atau kalau malas nak beli battery...boleh terus hubungkan adaptor macam gambar di atas terus kepada electric source. Maksudnya...ia boleh double function dan mudah dibawa ke mana-mana =) . Sampai rumah je Mama terus testing power benda ni. Maklumlah...first time, jadi macam batak sikit. huhuhu...dan rasa-rasa macam puas hati jugaklah dengan Pureen ni. Walaupun susu belum keluar...apa yang Mama suka...kita boleh adjust kuasa sedutannya. Nak yang kuat atau perlahan. Bunyi mesin penyedutnya macam bising jugaklah...tapi taklah sampai boleh pekakkan telinga dan tak mengganggu ketenteraman awam. Mama pernah dengar bunyi breast pump yang lain...lebih kurang je bunyinya. So, bagi Mama...it is normal.

Bagi U alls yang bekerja 8 jam, 5 hari seminggu tu...mungkin keperluan U alls berbeza daripada Mama. Jadi, U alls pilihlah ikut kualiti yang U alls perlukan dan belilah breast pump ikut budget U alls ye.Kalau nak beli yang mahal tu...menabunglah dari awal pregnancy atau main kutu dengan kawan-kawan. hehehe. Mama pernah jumpa satu blogger yang menjual electrik breast pump dan menawarkan pakej "main kutu" untuk customer. Cuba tengok kat blog ni. Beliau ni kakak kepada kawan sekolah Mama dulu...Sweet Bonda.



Belek-belek semula baju-baju yang Mama beli untuk baby tadi...rupa-rupanya lebih kurang sama je coraknya. Cuma warna je berbeza. huhuhu. Itulah namanya shopping ekspres. Tapi takpe...asalkan baby Mama nampak comel masa pakai baju ni...Mama dah puas hati. Memang comel sangat!

Nilah antara barang-barang yang Mama sempat beli tadi. Thanks a lot Papa...sebab hari ni banyak belanja Mama beli macam-macam termasuk alat solek dan baju baru =) .


Lepas ni...Mama rasa kena shopping barang-barang Mama pulak kot...nanti takut tak sempat pulak...bila ye nak shopping lagi? Bila ye Papa....???


0 comments:

Post a Comment


up